Wednesday, February 11, 2015

kisah period

sape pernah alami masalah period tak stabil. angkat tangan.. samalah kite. period aku tak stabil start aku naik berat badan. n then aku gi klinik gy cek doktor cakap aku PCOS.. Doktor bagi ubat selang 2 minggu aku period. Alhamdulillah lepas tu period aku stabil dah cume kadang2 ade sebulan lewat baru aku period.

okeh eberybody.. sekarang aku nak share cara2 nak jatuhkan darah supaya period. cara ni aku dah observe kat badan aku alhamdulillah berkesan. korang cuba lah k. mana tau ini boleh mebantu korang.

senang je caranya tanpa perlukan wang ringgit. free of charge. guna tenaga je. okeh.. aku yakin setiap wanita boleh anggarkan korang period bila kan. lau korang rasa sakit kat rahim tapi darah tak keluar lagi. korang urut kawasan bawah perut korangurut keliling perut ikut arah jam dekat kawasan antara bawah perut dan rahim tu korang gegar-gegarkan sikit.. atau pon goncangkan perlahan-lahan. InshaAllah lepas beberapa jam darah korang akan keluar.

Selamat mencuba ya. Alhamdulillah aku dah try cara ni nak dekat lebih 3 kali, alhamdulillah berkesan.

cerite ceriti

Assalamualaikum. Lame bebenor aku tak corat coret kat sini. Life goes on. Macam-macam terjadi kat hidupku. Antara bende penting yang dah berlaku

~ Aku dah boleh bawak kereta
~ Mak aku sakit
~ Kak Yong aku dah kahwin

Nak tulis pon cam pelik.. sebab udah lame tak tulis. Pasal relationship, aku tak de ape2 relationship. Just berdoa je semoga seoramg suami turun dari langit melengkapi hidupku. Ade la jugak mak aku bukak mulut nak kenalkan lah, kamu nak ke.. TAPI........ i had no feeling.

Anyway kawan baik aku sab dah nak tunang sabtu ni wish u will forever happy with abg yeen. inshaAllah. Bile pikir2 balik aku tengok perjalanan hubungan sab n abg yeen when smoothly. so that is how jodoh is kan. Alhamdulillah. Tak sabar nak tunggu Sabtu ni..





Tuesday, May 6, 2014

Kite kene jadi BAIK

Assalamualaikum korang.. Semenjak dua menjak ni ade beberape bende berlaku dalam hidup aku yang membuatkan aku cakap.. ''hmmm.. why i met wonderful beautiful people''

Aku coret2 kat sini buat ingatan daku dan sharing to u all.

1) pagi tadi aku pegi cimb bank, lepas tu kereta aku dikepong dengan kereta lain sampai aku tak boleh keluaq. aku pon bengang. aku pon cube kesot2 kete aku, walaupon aku tau risiko kete aku nak cium kete belakang sangat2 lah boleh berlaku. dalam dok aku kesot2 buat syarat tetibe ade sorang lelaki pendatang asing berwajah begitu menenangkan menyelamatkan daku, tolong jagekan aktiviti reverse aku. walaupon memang kete aku x boleh nak reverse.. ehh paham dak..

KESIMPULAN : IF SOMEONE IN TROUBLE HELP THEM, EVEN THOUGH PROBABILITY THEM TO FAIL IS 100%. SO THAT YOU CAN BLOW AWAY THEIR SUFFERNESS AND WARM THEIR HEART.

Dalam kisah aku ni, aku rasa sebenarnya lelaki tau je yang kete aku tak akan dapat keluar, tapi dia nak sedapkan hati aku.

2) i met Kak Za the sifu, the mentor. Terima Kasih Allah.



Friday, November 29, 2013

Pengalaman Memandu

Assalamualikum u oll.. Hari ni aku nak story pengalaman memandu aku. Tujuan aku cerita bukan nak show off ke hape, tapi aku nak tell the world.. dalam dunia ni tak da pandai atau bodoh yang ada rajin atau malas.. yang nak atau yang tak nak. Hahaha.. Macam gempak ayat aku. Ayat bajet macam pernah bawak lori ke van ke kan..

Aku ada lesen 6 tahun yang lalu. Tapi aku tak ada feeling nak bawak kereta. Main pointnya, awal-awal lagi motivation aku dah dibunuh oleh cikgu memandu aku. Dia hempuk dashboard kete bila aku lambat pickup. Disebabkan cuak so aku pon tipu daya cakap aku pernah exciden sebab tu fobia nak bawa kete.So hasilnya aku nak lulus lesen kete sebab nak buktikan kat dia aku tak lemah seperti yang disangka. Tanpa disangka aku pon telah lulus lesen kete. Aku pon pelik. 

Masa berlalu dengan pantas. Lesen aku hanya perhiasan. Adik-adik aku pon dah boleh bawak kerete. Aku.. hanya memandang stereng kete dengan tanpa perasaan. Selalu jugak lah aku dimarahi sebab dia orang kene jadi pemandu aku. Aku seperti big bos yang mengarahkan mereka. Kihkih. 

Lepastu banyak la jugak pepatah-pepatah baru yang muncul dalam kamus keluarga aku, untuk memaksa aku memandu.. Antaranya >> Everybody can drive.. >>Aku tak leh memandu sebab masalah keturunan. Kihkih.. Akhirnya aku pon bawak lah kerete. Memang macam worst. Aku bawak tak lepas sirim. Aku pon x konfiden. Selalu gak la mak aku cepuk aku, jerit kat telinga aku.. bila mak aku jadi cikgu memandu aku.

------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tara.

Disebabkan aku yang sangat worst ni, so mak aku hantar aku belajar memandu kat driving school balik. Yang ajar aku tu uncle apak. Dia dah tua baya2 atuk2 kita. Masa aku belajar ngan dia waktu tu, aku rasa masih worst lagi, tapi aku kuatkan semangat je sebab mak aku dah bayo dia. Antara ilmu yang aku dapat. Uncle cam ne nak jadi berani bawak kereta? saya ni penakut.. dia JAWAB : LU MAW BERANI LU BAWAK HARI-HARI..

So starting from that day, aku bawak kereta hari-hari. Pagi2 aku keluar rumah tak bagi tau mak aku, aku p practice kete. Aku cuba cabar diri sendiri lalu tempat-tempat sempit, sesak. Setiap hari ada je benda baru yang aku belajar mengenai kereta. Mungkin kelihatan POYOS ANTARABANGSA kan.. tapi bagi individu yang buta hati terhadap membawa kereta seperti aku ia sangat bermakna. Aku selalu rujuk kawan ku mengenai kereta. OVER kan.. tapi itulah aku.. insan kerdil yang inginkan perubahan.

Antara ilmu yang aku absorb...

1. kete manual.. kaki kiri n kanan.. kaki kiri ko clutch. kaki kanan ko jage break n minyak
2. atas bumper tukar gear rendah
3.angkat clutch slow-slow.
4.sebelum matikan enjin free kan gear
5. kalau tetibe x leh nak start kete, adjust stering
6. berhenti tekan clutch dulu baru tekan break.

DAN YANG PALING PENTING ..>>JANGAN PERNAH TAKOT UNTUK MENCOBA. U CAN DO IT. BREAK THE FEAR. ORANG YANG BERJAYA BUKAN KERANA MEREKA PANDAI TETAPI MEREKA BERANI.  Aku doakan kalian yang mengalami masalah senasib dengan ku, diberikan keyakinan diri untuk memandu.

SEKIAN~~
POSKOD HATI 8260

Wednesday, November 6, 2013

story mory

Assalamualaikum... sekarang aku masih jobless.. aku masih gali dan tertanya2 tercari2 what I want in my life? Apakah misi, visi, moto? X dek ape yang nak dibanggekan ngan den ni..

________________________________

Story 1 :
Dulu pabila ku melalui di highway2 mate aku akan melilau mencari signboard di manakah tempat kerja mu.. Normal for a girl that instrested with someone la kan.. stalk tetap stalk..  Sikalang guwa rasa the food are tasteless..

Story 2 :
Sesi plate talk ngan Mak ngah guwa. Aku : Mak ngah I x mo kawen.." >> dalam kepale aku mesti mak ngah aku sokong coz mak ngah aku akan sokong aku coz mak ngah ku sudah single dan pernah dikecewakan oleh sang arjuna.
Mak ngah :"Eh ada pulak hang cakap lagu tu"...
Aku : "Pasaipa kita kena kawen?"
Mak ngah : Kawen tu pembuka rezeki seluas2 luasnya.. law hang dah kawen banyak pahala kita boleh buat dengan senang.. Hang keja tuk suami hang pon hang dah leh dapat pahala.. Kita ni lau boleh biaq la mati pon dalam keadaan yang berkahwin..

Aku: pa ciri2 lelaki yang layak dijadikan calon suami?
Mak ngah : yang jujur.. kita leh tau laki tu jujur ke dak.. ciri2 lain tu sure la beriman, bertanggungjawab..

Story 3 :
Aku lawat sepupu mak aku yang baru lepas bersalin.. Aku happy tengok laki dia yang rajin tolong dia.. so dia pesan, " lau nak cari suami, carilah yang boleh jaga kita"

___________________________________

Tips:
 Lepas baca quran doalah mengenai jodoh kita.. doa sungguh2.. Allah is listening.  Mintak ja apa kita nak.. ni doa pon malas cam ne Allah nak bagi.. ye dak..?

Sunday, March 31, 2013

little promise

Assalamualaikum warga pembaca samurai and the backbone. x tau la little ke big tapi aku ade promise kat beberape insan yang aku x tunaikan lagi..

  • fetucini in the making. last aku makan fetucini al cheesu sem 2 kot (ira dlln)(sabaq na hangpa)
  • tom yam atau fetucini al cheesu (mira jakmas dlln)
  • hadiah ( faten n umi)
  • buku (sidekick)
Aku nak mintak maaf pasal aku lambat mengotakan promise2 aku terutamanya insan2 yang menanti kehadiran fetucini aku.. he2. 

Berbalik pade little promise, disebabkan promise jugak la aku dah gy pos barang aku yang tersangkut kat pos laju Labuan. Aku ingatkan disebalik kekreatifan aku dalam manipulasikan kotak pos yang murah aku mampu mengepos barang kecik rupa2 nya tidak. Itu cerita semalam, cerita hari ni aku rasa menyesal pulak gy pos barang tu sebab aku rase macam over, whatever la kan disebabkan dah berjanji selagi mampu akan ku kotakan. janji ditepati. 

 

Monday, March 11, 2013

head fon

saranghae headfon..
tambah2 headfon yang bile pakai rase x sedar orang keliling panggil
aku suke headfon instead of earfon sebab dulu aku penah sakit telinge pakai earfon maybe aku suke denga lagu kuat2 
tapi x bermakne aku boikot earfon, aku gune earfon gak bile denga lagu kat handset
pastu aku buat teori sendiri 
earfon bersaiz kecik maka bile lagu bile pasang kuat2 bagi tekanan yang kuat kat gegendang telinga aku
kalau headfon lak permukaan yang lebar memberi tekanan yang kurang kat gegendang telinga aku sebab tekanan tu dah diserap before sampai gegendang telinga
semakin lebar permukaan semakin kurang tekanan same macam lau ko pakai heels yang tinggi rase gayatkan
cube lau ko pakai selipar n kasut flat je x rase tekanan kan.

headfon sekarang yang aku pakai aku rase headfon paling lame yang pernah aku pakai
tapi hakikatnya dah sompek pon bile cucuk kat laptop kene pandai adjust lau tak, tak dapat bunyi yang baguih. Aku senanye nak beli earfon baru dari awal sem ni, tapi memandangkan kedudukan kewangan yang tak berapa nak mantap ni aku sabarkan hati dan telinga, sebab ade keperluan lain yang jauh lebih penting aku kira. 

****
lagi bende yang paling aku nak sangat2 buat mase sekarang tafsir wanita..
sebab aku nak.
aku rase aku kurang tau pasal serikandi2 islam dan aku tengah mencari spirit.

****