Friday, November 29, 2013

Pengalaman Memandu

Assalamualikum u oll.. Hari ni aku nak story pengalaman memandu aku. Tujuan aku cerita bukan nak show off ke hape, tapi aku nak tell the world.. dalam dunia ni tak da pandai atau bodoh yang ada rajin atau malas.. yang nak atau yang tak nak. Hahaha.. Macam gempak ayat aku. Ayat bajet macam pernah bawak lori ke van ke kan..

Aku ada lesen 6 tahun yang lalu. Tapi aku tak ada feeling nak bawak kereta. Main pointnya, awal-awal lagi motivation aku dah dibunuh oleh cikgu memandu aku. Dia hempuk dashboard kete bila aku lambat pickup. Disebabkan cuak so aku pon tipu daya cakap aku pernah exciden sebab tu fobia nak bawa kete.So hasilnya aku nak lulus lesen kete sebab nak buktikan kat dia aku tak lemah seperti yang disangka. Tanpa disangka aku pon telah lulus lesen kete. Aku pon pelik. 

Masa berlalu dengan pantas. Lesen aku hanya perhiasan. Adik-adik aku pon dah boleh bawak kerete. Aku.. hanya memandang stereng kete dengan tanpa perasaan. Selalu jugak lah aku dimarahi sebab dia orang kene jadi pemandu aku. Aku seperti big bos yang mengarahkan mereka. Kihkih. 

Lepastu banyak la jugak pepatah-pepatah baru yang muncul dalam kamus keluarga aku, untuk memaksa aku memandu.. Antaranya >> Everybody can drive.. >>Aku tak leh memandu sebab masalah keturunan. Kihkih.. Akhirnya aku pon bawak lah kerete. Memang macam worst. Aku bawak tak lepas sirim. Aku pon x konfiden. Selalu gak la mak aku cepuk aku, jerit kat telinga aku.. bila mak aku jadi cikgu memandu aku.

------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tara.

Disebabkan aku yang sangat worst ni, so mak aku hantar aku belajar memandu kat driving school balik. Yang ajar aku tu uncle apak. Dia dah tua baya2 atuk2 kita. Masa aku belajar ngan dia waktu tu, aku rasa masih worst lagi, tapi aku kuatkan semangat je sebab mak aku dah bayo dia. Antara ilmu yang aku dapat. Uncle cam ne nak jadi berani bawak kereta? saya ni penakut.. dia JAWAB : LU MAW BERANI LU BAWAK HARI-HARI..

So starting from that day, aku bawak kereta hari-hari. Pagi2 aku keluar rumah tak bagi tau mak aku, aku p practice kete. Aku cuba cabar diri sendiri lalu tempat-tempat sempit, sesak. Setiap hari ada je benda baru yang aku belajar mengenai kereta. Mungkin kelihatan POYOS ANTARABANGSA kan.. tapi bagi individu yang buta hati terhadap membawa kereta seperti aku ia sangat bermakna. Aku selalu rujuk kawan ku mengenai kereta. OVER kan.. tapi itulah aku.. insan kerdil yang inginkan perubahan.

Antara ilmu yang aku absorb...

1. kete manual.. kaki kiri n kanan.. kaki kiri ko clutch. kaki kanan ko jage break n minyak
2. atas bumper tukar gear rendah
3.angkat clutch slow-slow.
4.sebelum matikan enjin free kan gear
5. kalau tetibe x leh nak start kete, adjust stering
6. berhenti tekan clutch dulu baru tekan break.

DAN YANG PALING PENTING ..>>JANGAN PERNAH TAKOT UNTUK MENCOBA. U CAN DO IT. BREAK THE FEAR. ORANG YANG BERJAYA BUKAN KERANA MEREKA PANDAI TETAPI MEREKA BERANI.  Aku doakan kalian yang mengalami masalah senasib dengan ku, diberikan keyakinan diri untuk memandu.

SEKIAN~~
POSKOD HATI 8260

Wednesday, November 6, 2013

story mory

Assalamualaikum... sekarang aku masih jobless.. aku masih gali dan tertanya2 tercari2 what I want in my life? Apakah misi, visi, moto? X dek ape yang nak dibanggekan ngan den ni..

________________________________

Story 1 :
Dulu pabila ku melalui di highway2 mate aku akan melilau mencari signboard di manakah tempat kerja mu.. Normal for a girl that instrested with someone la kan.. stalk tetap stalk..  Sikalang guwa rasa the food are tasteless..

Story 2 :
Sesi plate talk ngan Mak ngah guwa. Aku : Mak ngah I x mo kawen.." >> dalam kepale aku mesti mak ngah aku sokong coz mak ngah aku akan sokong aku coz mak ngah ku sudah single dan pernah dikecewakan oleh sang arjuna.
Mak ngah :"Eh ada pulak hang cakap lagu tu"...
Aku : "Pasaipa kita kena kawen?"
Mak ngah : Kawen tu pembuka rezeki seluas2 luasnya.. law hang dah kawen banyak pahala kita boleh buat dengan senang.. Hang keja tuk suami hang pon hang dah leh dapat pahala.. Kita ni lau boleh biaq la mati pon dalam keadaan yang berkahwin..

Aku: pa ciri2 lelaki yang layak dijadikan calon suami?
Mak ngah : yang jujur.. kita leh tau laki tu jujur ke dak.. ciri2 lain tu sure la beriman, bertanggungjawab..

Story 3 :
Aku lawat sepupu mak aku yang baru lepas bersalin.. Aku happy tengok laki dia yang rajin tolong dia.. so dia pesan, " lau nak cari suami, carilah yang boleh jaga kita"

___________________________________

Tips:
 Lepas baca quran doalah mengenai jodoh kita.. doa sungguh2.. Allah is listening.  Mintak ja apa kita nak.. ni doa pon malas cam ne Allah nak bagi.. ye dak..?

Sunday, March 31, 2013

little promise

Assalamualaikum warga pembaca samurai and the backbone. x tau la little ke big tapi aku ade promise kat beberape insan yang aku x tunaikan lagi..

  • fetucini in the making. last aku makan fetucini al cheesu sem 2 kot (ira dlln)(sabaq na hangpa)
  • tom yam atau fetucini al cheesu (mira jakmas dlln)
  • hadiah ( faten n umi)
  • buku (sidekick)
Aku nak mintak maaf pasal aku lambat mengotakan promise2 aku terutamanya insan2 yang menanti kehadiran fetucini aku.. he2. 

Berbalik pade little promise, disebabkan promise jugak la aku dah gy pos barang aku yang tersangkut kat pos laju Labuan. Aku ingatkan disebalik kekreatifan aku dalam manipulasikan kotak pos yang murah aku mampu mengepos barang kecik rupa2 nya tidak. Itu cerita semalam, cerita hari ni aku rasa menyesal pulak gy pos barang tu sebab aku rase macam over, whatever la kan disebabkan dah berjanji selagi mampu akan ku kotakan. janji ditepati. 

 

Monday, March 11, 2013

head fon

saranghae headfon..
tambah2 headfon yang bile pakai rase x sedar orang keliling panggil
aku suke headfon instead of earfon sebab dulu aku penah sakit telinge pakai earfon maybe aku suke denga lagu kuat2 
tapi x bermakne aku boikot earfon, aku gune earfon gak bile denga lagu kat handset
pastu aku buat teori sendiri 
earfon bersaiz kecik maka bile lagu bile pasang kuat2 bagi tekanan yang kuat kat gegendang telinga aku
kalau headfon lak permukaan yang lebar memberi tekanan yang kurang kat gegendang telinga aku sebab tekanan tu dah diserap before sampai gegendang telinga
semakin lebar permukaan semakin kurang tekanan same macam lau ko pakai heels yang tinggi rase gayatkan
cube lau ko pakai selipar n kasut flat je x rase tekanan kan.

headfon sekarang yang aku pakai aku rase headfon paling lame yang pernah aku pakai
tapi hakikatnya dah sompek pon bile cucuk kat laptop kene pandai adjust lau tak, tak dapat bunyi yang baguih. Aku senanye nak beli earfon baru dari awal sem ni, tapi memandangkan kedudukan kewangan yang tak berapa nak mantap ni aku sabarkan hati dan telinga, sebab ade keperluan lain yang jauh lebih penting aku kira. 

****
lagi bende yang paling aku nak sangat2 buat mase sekarang tafsir wanita..
sebab aku nak.
aku rase aku kurang tau pasal serikandi2 islam dan aku tengah mencari spirit.

****



Wednesday, March 6, 2013

kesukaan

Aku selalu terpikir, muka kita pon nak pakai bedak..
tudung pon nak matching2..
rumah nak sofa baru, set pinggan mangkuk baru,
makan pon tukar2 lauk,
which means nak upgrade sesuatu bende yang kita lakukan, x mau yang macam selalu..
so ape salahnye kan solat pon kita upgrade..
kita tambahkan amalan solat sunat..
dan ketika solat sunat tu..
rakaat pertama kita baca surah al-kafirun
rakaat kedua surah al-ikhlas
sebab itu ialah surah yang Nabi Muhammad S.A.W. suka baca ketika baginda melakukan solat sunat.
:)



Sunday, February 24, 2013

coolkan

Coolkan Nabi Muhammad S.A.W kite:
Baginda seorang arkitek, baginda bina masjid. Masjid Qubak masjid pertama
Coolkan Nabi Muhammad S.A.W kite:
Baginda seorang jundullah a.k.a askar a.ka. tentera, baginda join perang, siap luka2 lagi
Coolkan Nabi Muhammad S.A.W kite:
Baginda seorang pemerintah 
Coolkan Nabi Muhammad S.A.W kite:
Baginda seorang yang bijaksana, baginda berjaya menyelesaikan masalah perletakan hajarul aswad secara adil dan bijak dengan meletakkan hajarul aswad di atas kain serban
Coolkan Nabi Muhammad S.A.W kite:
Baginda pernah menggembala kambing
Coolkan Nabi Muhammad S.A.W kite:
Baginda hebat, di tengah-tengah kering kontangnya padang pasir, baginda redahi,baginda sanggup berhijrah demi Islam tercinta
Coolkan Nabi Muhammad S.A.W kite:
Baginda tawaf, sai', bertahlul 
Coolkan..
Bestkan.. betapa humblenye Nabi Muhammad S.A.W kita. 
Aku terpikir di sisi Allah kita semua sama ko kaye ke miskin ke ko tetap kene tawaf, sai, bertahlul.. hanya takwa yang membezakan kita.
jadi untuk apa kita bersikap sombong, angkuh?

Tuesday, February 12, 2013

Travelog Umrah - Jeddah

30.1.2013
Setelah 7/8 jam perjalanan kami pon selamat tiba di Jeddah. Alhamdulillah. Masa sampai kat airport Jeddah ni ada beberapa mamat Bangladesh kot yang ade jual sim fon jenama Zain lau x silap aku. Aku x belila coz adik aku cakap masa kursus umrah penceramah tu suruh beli sim kat muatawif je. Tapikan nasihat aku beli je la kat mamat bangladesh tu sim card fon coz ade sesetengah mutawif x mahu uruskan urusan sim card fon ni n bila kat madinah kat centre nak beli sim card ni pekedai tu nak pasport so baikla beli sendiri siap2 di airport. harganya kalau nak beli dalam area SAR 25-30 ok la tu, tapi nanti pandai2 la tawar nak dapat harga murah. Macam biasala law nak sms ke no Malaysia tekan +6(pastu no Malaysia).

  masa nak cek pasport mahram kene duduk depan
 iklan sim card jenama SAWA (sim ni x tau ok ke x)
tengah beratur

So bila dah setel urusan pasport, ambil bagasi kita orang naik atas bas. Cuma sepanjang perjalanan tolak troli nak keluar airport ke arah bas tu ramai mamat2 bangladesh offer nak tolong tolak troli, jangan terpedaya ya kawan2, mereka tolong berbayar so x yah layan diya orang, kita tolak troli/ bagasi laju2.

So perjalanan seterusnya ialah ke Madinah daripada Jeddah. Perjalanan yang mengambil kira2 6 jam. Rombongan kami berhenti kat kawasannya nama Wadi ape tah untuk solat jamak takhir isyak n maghrib n makan malam.Selepas itu,sepanjang perjalanan kami tidur kepenatan di samping debaran di dalam dada untuk tiba ke Madinah.

 lepas makan malam
lepas makan malam


Travelog Umrah - Berlepas

29.1.2013
Flight aku ke Arab Saudi jam 3.20 petang. Kite orang sekeluarga turun Madinah dulu baru ke Mekah. So kita orang gerak gi KLIA dalam jam 10 pagi coz kita orang kene berkumpul jam 12 tengah hari kat sana.kumpul tu chek in beg je. Lepas chek in beg, gedebuk-gedabak dalam area jam 1 cam tu baru kumpul ramai2 ade sorang travel agency kami bagi taklimat. Then kita orang kene gy bangunan lain menggunakan airo train. Bagi yang first time nak gy umrah cam aku, mesti tertanya2 bangunan lain cam ne tu kan. kiranya kitanya departure gate kat banguan lain tapi still dalam area KLIA tu gak cuma kita kene menggunakan airo train nak ke sana. 


dalam airo train

keluar airo train


taubat

Assalamualaikum

Alhamdulillah 'ala kullihal, dengan izin Allah 29.1.2013-10.2.2013 aku sekeluarga telah menjadi tetamu Allah  bagi mengerjakan ibadah umrah. Kiranya ibadah umrah kami sekeluarga ni dikira ibadah umrah ketika musim sejuk. Madinah sejuk 25 c. Mekah aku rasa macam Malaysia ja suhunya.

So sebelum p sana aku pon ada wat research method mengenai umrah, mekah, madinah dan sebagainya. Sejujurnya aku agak takot gak la coz ada orang kata law kita p Mekah segala amalan kita terimbas balik la n aku dengar banyak cerita balasan2 negatif yang orang ada dapat waktu p sana d sebabkan amal kejahatannya sebelum ini. Tapi percayalah wahai readers2 sekalian (banyakkah reader aku.. keh2) Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Jangan pernah takut untuk melakukan taubat n solat taubat memohon ampun padanya. Bukan bila nak p Mekah ja kita bertaubat na, bila2 masa2 kita still kene bertaubat. Mutawif perempuan aku cakap kebanyakan orang solat taubat tapi tidak bertaubat.. ekk apakah kan.. means kita kene selalu menyesal atas segala dosa kita dengan perbanyakkan istighfar, memohon maaf kepada insan2 yang berkenaan(misalnya ko curi duit nenek ko so ko kene berterus terang n memohon ampun maaf daripada nenek ko),bersungguh2 tidak mahu mengulangi dosa lalu, kemudian baru disusuli dengan solat taubat.

Aku pon xde la alim mane pon. Cume sebelum gy Mekah mak aku selalu ingatkan kat kami adik beradik suruh selalu buat solat taubat mohon keampunan dosa2 lalu yang ada terlepas pandang dan sebagainya, ganti puasa, langsaikan hutang, n perbanyakkan sedeqah.





Wednesday, January 9, 2013

kata hati

Esok ana exam paper perhubungan pelanggan pemasaran. ( x tau betol ke x susunannya). Progress pembacaan ana..Setakat ni ana baru baca 1.5 chapter lah. haha. Ok la tu kan. Lagipon esok ana pekse petanglah so malam ni ana x nak tidurlah. ada lagi 3.5 kilometer chapter yang perlu ana habiskan. Ana dah nampak gaya pembelajaran ana, ana kalau nak cepat paham ana kene tulis2, conteng2, pastu hafal baru ana ingat. Lagi best n cepat ana tangkap kalau ade org cite2 n terang2kan kat ana macam selalu sab terangkan kat ana. Ana lagi suke. tengkiu sab. :)

Berdasarkan tajuk yang ana pikiaq tentang post ni kata hati. Ana memang nak kawen awal. Walaupon ana  x ada calon pencalonan. So ana pon memang x sabar nak tau sapekah jodoh ana. haha. Tapi x kesah la sape pon asalkan si dia elok agamanya, ada ciri2 backpackers, ada moto boso, pandai berbahasa arab, suke bisnes, orang utara. hahaha. bajet macam ana cun n perfect nak demand lebih2. tak kisah la. harap2 dapat. 

Disebabkan ana bercita2 untuk kawen awal, so masa cuti sem lepas ana telah merangka n melaksana satu strategi. Bukan strategi joinn melepek kat yahoo chat room 24 jam ye. Strateginye ialah ana nak buktikan kat mak ana, yang ana ni dah layak untuk berkahwin. wakaka. Konon2 ana pon masak2 la kat rumah sediakan makan tengah hari. Tapi x dinafikan makanan mak adalah makanan yang tersedap so makanan ana pon kalah. haha. tapi tak pe, ana akan cube  jaya lagi. wakaka.

Target sebelum kawen ana, ana mesti
* bawa kereta
*masak rendang, kuah kacang, kuah lodeh, gulai
*bayar sikit hutang ptptn
---------------------------------------------------------------------




Friday, January 4, 2013

Kawai BGR

Bismillahirrahmanirrahim
Comelkan. Kepada pemilik gambar ni mintak izin copy ye. Aku suke.


The Wake Up Call
Tadi aku ade bace pasal the wake up call seseorang. Act aku dah bace sebelum ni, tapi aku bace lagi sekali lagi sebab  memberi inspirasi kat aku.Antara part yang buat aku cakap wow kat dia, dia cakap i would not intimate with BGR ataupon boy-girl relationship.Eh2 kuat ke ko ni?
Aku yakin dia kuat. Syabas la aku nak ucapkan. kalau ko bace blog aku ni. Hehe. Berbalik pada relationship tadi tu kan sebenarnya kata2 dia buatkan aku teringat pada kate2 seorang cikgu aku.

Murid : Cikgu macm mana cikgu boleh berubah dan mengekalkan istiqamah( berterusan dalam melakukan sesuatu kebaikan) ?
Cikgu : Kita kene mujahadah dalam melakukan sesuatu.

Naaaa. Apa itu mujahadah?

Berdasarkan hasil jalan2 aku di alam maya ni, mujahadah tu perjuangan bersungguh-sungguh melawan hawa nafsu. Aku rasa semua sudah sedia maklum jihad yang paling besar ialan jihad melawan hawa nafsu. Wohaaa, cakap senangla kan cube ko buat. So kene buatla kan, sebab mujahadah itu pahit tapi sape yang berjaya mengharunginya baru tau kepuasan dia. So marilah kita membuat perubahan. It's better late than never kan. Ingat naa, sebaik2 istiqamah itu ialah amalan yang sikit tapi berterusan bukan zuppp layan berubah 360 darjah.


Comelkan? BGR...

Berbalik pada BGR good luck to me itu antara azam tahun baru aku. haha.. Harap aku berjaya untuk misi BGR. Tapi jangnla ingat aku perfect, aku pon ade jejak2 dosa semalam, masih mencari, masih bermujahadah.

ps : harap BGR akan dengan BGR



Thursday, January 3, 2013

awan nano

tadi tetibe je lepas solat aku rasa sayu. sebenarnya aku dah start rasa sedih lepas ni kak ija dah tak de kat tingkat 4 ni. kak ija ni best, aku perasan dia selalu bela aku bile ade someone cube down aku walaupon aku taw kadang2 kawan2 aku tu hanye nak gurau2 je. ape lagi ye, kak ija penah redah hujan maghrib2 sebab nak tolong aku tanya harga ikan masa tu aku kat kampus. kak ija suke cerita kisah percintaan dia kat aku. aku suke sebab cite diye x same dengan kisah percintaan yang biasa aku dengar. Aku suke semua nasihat kak ija. kate2 dia menusuk kalbu. terserap seh. lawak dia pon boleh tahan kadang2 bile aku duduk sorang2 aku leh tersenyum sorang2 coz teringat lawak2 dia. aku selalu cerite kat kak ija blog2 yang aku suke. dia pon layan je.. tah lah, aku sayu.. boleh tak kak ija jangan balik kudat.. aku tau kak ija tak akan bace blog aku ni sebab aku x kan bagi tau. hehe.