Tuesday, February 12, 2013

taubat

Assalamualaikum

Alhamdulillah 'ala kullihal, dengan izin Allah 29.1.2013-10.2.2013 aku sekeluarga telah menjadi tetamu Allah  bagi mengerjakan ibadah umrah. Kiranya ibadah umrah kami sekeluarga ni dikira ibadah umrah ketika musim sejuk. Madinah sejuk 25 c. Mekah aku rasa macam Malaysia ja suhunya.

So sebelum p sana aku pon ada wat research method mengenai umrah, mekah, madinah dan sebagainya. Sejujurnya aku agak takot gak la coz ada orang kata law kita p Mekah segala amalan kita terimbas balik la n aku dengar banyak cerita balasan2 negatif yang orang ada dapat waktu p sana d sebabkan amal kejahatannya sebelum ini. Tapi percayalah wahai readers2 sekalian (banyakkah reader aku.. keh2) Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Jangan pernah takut untuk melakukan taubat n solat taubat memohon ampun padanya. Bukan bila nak p Mekah ja kita bertaubat na, bila2 masa2 kita still kene bertaubat. Mutawif perempuan aku cakap kebanyakan orang solat taubat tapi tidak bertaubat.. ekk apakah kan.. means kita kene selalu menyesal atas segala dosa kita dengan perbanyakkan istighfar, memohon maaf kepada insan2 yang berkenaan(misalnya ko curi duit nenek ko so ko kene berterus terang n memohon ampun maaf daripada nenek ko),bersungguh2 tidak mahu mengulangi dosa lalu, kemudian baru disusuli dengan solat taubat.

Aku pon xde la alim mane pon. Cume sebelum gy Mekah mak aku selalu ingatkan kat kami adik beradik suruh selalu buat solat taubat mohon keampunan dosa2 lalu yang ada terlepas pandang dan sebagainya, ganti puasa, langsaikan hutang, n perbanyakkan sedeqah.





No comments:

Post a Comment