Sunday, February 24, 2013

coolkan

Coolkan Nabi Muhammad S.A.W kite:
Baginda seorang arkitek, baginda bina masjid. Masjid Qubak masjid pertama
Coolkan Nabi Muhammad S.A.W kite:
Baginda seorang jundullah a.k.a askar a.ka. tentera, baginda join perang, siap luka2 lagi
Coolkan Nabi Muhammad S.A.W kite:
Baginda seorang pemerintah 
Coolkan Nabi Muhammad S.A.W kite:
Baginda seorang yang bijaksana, baginda berjaya menyelesaikan masalah perletakan hajarul aswad secara adil dan bijak dengan meletakkan hajarul aswad di atas kain serban
Coolkan Nabi Muhammad S.A.W kite:
Baginda pernah menggembala kambing
Coolkan Nabi Muhammad S.A.W kite:
Baginda hebat, di tengah-tengah kering kontangnya padang pasir, baginda redahi,baginda sanggup berhijrah demi Islam tercinta
Coolkan Nabi Muhammad S.A.W kite:
Baginda tawaf, sai', bertahlul 
Coolkan..
Bestkan.. betapa humblenye Nabi Muhammad S.A.W kita. 
Aku terpikir di sisi Allah kita semua sama ko kaye ke miskin ke ko tetap kene tawaf, sai, bertahlul.. hanya takwa yang membezakan kita.
jadi untuk apa kita bersikap sombong, angkuh?

Tuesday, February 12, 2013

Travelog Umrah - Jeddah

30.1.2013
Setelah 7/8 jam perjalanan kami pon selamat tiba di Jeddah. Alhamdulillah. Masa sampai kat airport Jeddah ni ada beberapa mamat Bangladesh kot yang ade jual sim fon jenama Zain lau x silap aku. Aku x belila coz adik aku cakap masa kursus umrah penceramah tu suruh beli sim kat muatawif je. Tapikan nasihat aku beli je la kat mamat bangladesh tu sim card fon coz ade sesetengah mutawif x mahu uruskan urusan sim card fon ni n bila kat madinah kat centre nak beli sim card ni pekedai tu nak pasport so baikla beli sendiri siap2 di airport. harganya kalau nak beli dalam area SAR 25-30 ok la tu, tapi nanti pandai2 la tawar nak dapat harga murah. Macam biasala law nak sms ke no Malaysia tekan +6(pastu no Malaysia).

  masa nak cek pasport mahram kene duduk depan
 iklan sim card jenama SAWA (sim ni x tau ok ke x)
tengah beratur

So bila dah setel urusan pasport, ambil bagasi kita orang naik atas bas. Cuma sepanjang perjalanan tolak troli nak keluar airport ke arah bas tu ramai mamat2 bangladesh offer nak tolong tolak troli, jangan terpedaya ya kawan2, mereka tolong berbayar so x yah layan diya orang, kita tolak troli/ bagasi laju2.

So perjalanan seterusnya ialah ke Madinah daripada Jeddah. Perjalanan yang mengambil kira2 6 jam. Rombongan kami berhenti kat kawasannya nama Wadi ape tah untuk solat jamak takhir isyak n maghrib n makan malam.Selepas itu,sepanjang perjalanan kami tidur kepenatan di samping debaran di dalam dada untuk tiba ke Madinah.

 lepas makan malam
lepas makan malam


Travelog Umrah - Berlepas

29.1.2013
Flight aku ke Arab Saudi jam 3.20 petang. Kite orang sekeluarga turun Madinah dulu baru ke Mekah. So kita orang gerak gi KLIA dalam jam 10 pagi coz kita orang kene berkumpul jam 12 tengah hari kat sana.kumpul tu chek in beg je. Lepas chek in beg, gedebuk-gedabak dalam area jam 1 cam tu baru kumpul ramai2 ade sorang travel agency kami bagi taklimat. Then kita orang kene gy bangunan lain menggunakan airo train. Bagi yang first time nak gy umrah cam aku, mesti tertanya2 bangunan lain cam ne tu kan. kiranya kitanya departure gate kat banguan lain tapi still dalam area KLIA tu gak cuma kita kene menggunakan airo train nak ke sana. 


dalam airo train

keluar airo train


taubat

Assalamualaikum

Alhamdulillah 'ala kullihal, dengan izin Allah 29.1.2013-10.2.2013 aku sekeluarga telah menjadi tetamu Allah  bagi mengerjakan ibadah umrah. Kiranya ibadah umrah kami sekeluarga ni dikira ibadah umrah ketika musim sejuk. Madinah sejuk 25 c. Mekah aku rasa macam Malaysia ja suhunya.

So sebelum p sana aku pon ada wat research method mengenai umrah, mekah, madinah dan sebagainya. Sejujurnya aku agak takot gak la coz ada orang kata law kita p Mekah segala amalan kita terimbas balik la n aku dengar banyak cerita balasan2 negatif yang orang ada dapat waktu p sana d sebabkan amal kejahatannya sebelum ini. Tapi percayalah wahai readers2 sekalian (banyakkah reader aku.. keh2) Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Jangan pernah takut untuk melakukan taubat n solat taubat memohon ampun padanya. Bukan bila nak p Mekah ja kita bertaubat na, bila2 masa2 kita still kene bertaubat. Mutawif perempuan aku cakap kebanyakan orang solat taubat tapi tidak bertaubat.. ekk apakah kan.. means kita kene selalu menyesal atas segala dosa kita dengan perbanyakkan istighfar, memohon maaf kepada insan2 yang berkenaan(misalnya ko curi duit nenek ko so ko kene berterus terang n memohon ampun maaf daripada nenek ko),bersungguh2 tidak mahu mengulangi dosa lalu, kemudian baru disusuli dengan solat taubat.

Aku pon xde la alim mane pon. Cume sebelum gy Mekah mak aku selalu ingatkan kat kami adik beradik suruh selalu buat solat taubat mohon keampunan dosa2 lalu yang ada terlepas pandang dan sebagainya, ganti puasa, langsaikan hutang, n perbanyakkan sedeqah.