Aku ada lesen 6 tahun yang lalu. Tapi aku tak ada feeling nak bawak kereta. Main pointnya, awal-awal lagi motivation aku dah dibunuh oleh cikgu memandu aku. Dia hempuk dashboard kete bila aku lambat pickup. Disebabkan cuak so aku pon tipu daya cakap aku pernah exciden sebab tu fobia nak bawa kete.So hasilnya aku nak lulus lesen kete sebab nak buktikan kat dia aku tak lemah seperti yang disangka. Tanpa disangka aku pon telah lulus lesen kete. Aku pon pelik.
Masa berlalu dengan pantas. Lesen aku hanya perhiasan. Adik-adik aku pon dah boleh bawak kerete. Aku.. hanya memandang stereng kete dengan tanpa perasaan. Selalu jugak lah aku dimarahi sebab dia orang kene jadi pemandu aku. Aku seperti big bos yang mengarahkan mereka. Kihkih.
Lepastu banyak la jugak pepatah-pepatah baru yang muncul dalam kamus keluarga aku, untuk memaksa aku memandu.. Antaranya >> Everybody can drive.. >>Aku tak leh memandu sebab masalah keturunan. Kihkih.. Akhirnya aku pon bawak lah kerete. Memang macam worst. Aku bawak tak lepas sirim. Aku pon x konfiden. Selalu gak la mak aku cepuk aku, jerit kat telinga aku.. bila mak aku jadi cikgu memandu aku.
------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tara.
Disebabkan aku yang sangat worst ni, so mak aku hantar aku belajar memandu kat driving school balik. Yang ajar aku tu uncle apak. Dia dah tua baya2 atuk2 kita. Masa aku belajar ngan dia waktu tu, aku rasa masih worst lagi, tapi aku kuatkan semangat je sebab mak aku dah bayo dia. Antara ilmu yang aku dapat. Uncle cam ne nak jadi berani bawak kereta? saya ni penakut.. dia JAWAB : LU MAW BERANI LU BAWAK HARI-HARI..
So starting from that day, aku bawak kereta hari-hari. Pagi2 aku keluar rumah tak bagi tau mak aku, aku p practice kete. Aku cuba cabar diri sendiri lalu tempat-tempat sempit, sesak. Setiap hari ada je benda baru yang aku belajar mengenai kereta. Mungkin kelihatan POYOS ANTARABANGSA kan.. tapi bagi individu yang buta hati terhadap membawa kereta seperti aku ia sangat bermakna. Aku selalu rujuk kawan ku mengenai kereta. OVER kan.. tapi itulah aku.. insan kerdil yang inginkan perubahan.
Antara ilmu yang aku absorb...
1. kete manual.. kaki kiri n kanan.. kaki kiri ko clutch. kaki kanan ko jage break n minyak
2. atas bumper tukar gear rendah
3.angkat clutch slow-slow.
4.sebelum matikan enjin free kan gear
5. kalau tetibe x leh nak start kete, adjust stering
6. berhenti tekan clutch dulu baru tekan break.
DAN YANG PALING PENTING ..>>JANGAN PERNAH TAKOT UNTUK MENCOBA. U CAN DO IT. BREAK THE FEAR. ORANG YANG BERJAYA BUKAN KERANA MEREKA PANDAI TETAPI MEREKA BERANI. Aku doakan kalian yang mengalami masalah senasib dengan ku, diberikan keyakinan diri untuk memandu.
SEKIAN~~
POSKOD HATI 8260
kikiki. sekarang dah lepas ke bawak sorang2? boleh la bawak wa pi jenjalan. kita pi ipoh ke. makan kat restoren kawan lu tuuu.
ReplyDelete